Friday, 21 June 2013

Set Khazanah Lelaki...Khas Daripada Shaklee Untuk Kaum Adam!


ZINc + VITA E

: SPERMA SEDIKIT ATAU TIDAK AKTIF ::

Sesetengah pasangan gagal untuk hamil kerana suami mempunyai masalah:

[✔] Kurang keinginan untuk bersama isteri
[✔] Ejakulasi Pra-matang
[✔] Air mani tidak pekat
[✔] Sperma sedikit
[✔] Sperma tidak aktif
[✔] Sperma mempunyai ekor yang pendek
[✔] Bentuk sperma yang tidak normal

Sekiranya suami anda mempunyai masalah yang saya nyatakan diatas, anda boleh galakkan suami untuk membanyakkan makanan berikut didalam menu seharian:

[✔] Daging merah
[✔] Telur
[✔] Susu
[✔] Kekacang

Bilangan sperma rendah punca ketidaksuburan suami ::

Isteri sering disalahkan sekiranya pasangan gagal mendapat cahayamata. Tahukah anda bahawa kaum lelaki juga mempunyai masalah ketidaksuburan? Diantara punca ketidaksuburan ialah bilangan sperma yang rendah. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bilangan sperma rendah iaitu:

[✔] Genetik
[✔] Gaya hidup
[✔] Pengaruh alam sekitar
[✔] Taraf kesihatan

sekiranya suami anda mempunyai masalah ketidaksuburan, saya sarankan suami anda mengambil zinc & vitamin E.

====================================

Tanda Tanda Lelaki Subur

Perihal tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;

1 Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.

2 Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.

3 Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.

4 Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.

5 Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki perlu juga di ketahui. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.

Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.

Pengaliran Sperma Yang Mantap:

Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat jika melakukan hubungan seks setiap hari terutama pada waktu isteri itu subur.

Ini tidak benar. Walaupun lelaki mampu menghasilkan begitu banyak sperma pada setiap hari (150 – 250 juta sehari) namun ia memerlukan juga sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tidak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasme.

Jika hubungan seks di lakukan selang sehari atau dua hari sekali, sistem pancutan atau pengaliran tidak tergendala atau lemah maka banyak sperma dapat di salurkan ke dalam faraj.

Jadi seeloknya jika mahukan cahaya mata lakukan hubugan seks bersama isteri selang sehari meskipun pada waktu isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.

Air mani cair tidak bermakna tiada benih:

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.

Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj.

Petikan dari Mingguan Wanita 13-19 April 2007

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...