Saturday 15 June 2013

Legasi Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. (Pengasas Shaklee)
Selama tempoh lebih 5 dekad, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang TERULUNG di dunia.

KEMAMPANAN DALAM PERNIAGAAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK KESIHATAN

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah menemui "vitalized minerals", iaitu merupakan salah satu multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung PERTAMA di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee telah kembali kepada semula jadi. Dengan mencari bahan-bahan semula jadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Sementara pengusaha-pengusaha produk kesihatan lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Syarikat Shaklee telah meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan dunia yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...