Sunday, 30 June 2013

Khasiat Lada Hitam : Pencegah Kanser


Lada hitam memang dikenali sebagai rempah dalam pelbagai jenis masakan. Tetapi, apakah perkara yang rempah ini mampu lakukan terhadap kita? Sama ada ia berwarna putih, hitam mahupun hijau, ia mampu melegakan demam selsema, membersihkan kulit dan juga dalam mencegah kanser.

     Mencegah Kanser
Dengan hanya sedikit biji lada hitam, putih atau hijau yang masuk ke tubuh, ia mampu membantu menangkis diri kita daripada diserang barah payu dara. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Michigan mendapati, terdapat sebatian kimia yang ada pada rempah ini yang dikenali sebagai piperine bertindak menghalang barah payu dara daripada membiak. Potensinya dalam mencegah barah adalah lebih tinggi sekiranya ia digabungkan dengan kunyit. Hidangan masyarakat India seperti kari banyak mengandungi bahan tersebut.

Agen Cucian
Adakah warna baju kegemaran anda sudah mulai pudar? Jangan risau.. Menurut pengarang The Naturally Clean Home, Karyn Segel-Maier, lada hitam, putih atau hijau merupakan agen terbaik untuk kekalkan warna agar ia bertahan lebih lama. Tidak perlu menggunakannya dalam kuantiti yang banyak, hanya membuat percikan sebanyak satu camca teh lada bersama pencuci pakaian kedalam mesin basuh, ia akan membantu dalam mengelakkan warna luntur dan pudar.

Penyental Kulit
Dapatkan kulit yang lebih halus dan lembut dengan agen penyental kulit yang diperbuat daripada bahan yang anda tidak pernah fikirkan  - lada hitam, putih atau hijau. Menurut pengurus Bliss Spa, Wendy Allred, selain ia bertindak dengan membuang sel-sel kulit mati, ia turut merangsang peredaran oksigen di samping membekalkan nutrient pada permukaan kulit anda.

Bernafas Dengan Selesa
Sukar bernafas? Hidung tersumbat? Rempah-rempah ini ada penyelesaiannya. Ia mengandungi bahan kimia semula jadi – dekongestan yang akan bertindak balas dengan mukus(hingus) anda sehingga menghasilkan bahan pencair. Berdasarkan penjelasan daripada pengarang Guide The Good Doctor to Colds and Flu, yang juga professor di sekolah Perubatan Mt. Sinai, New York, Neil Schachter, bahan pencair tersebut akan terhasil pada hidung anda. Dengan menambah secubit serbuk lada hitam, putih atau pun hijau ke dalam semangkuk sup ketika demam akan membantu anda bernafas dengan lebih mudah.


*perbezaan warna lada hitam
Sama ada hitam, putih atau hijau, ia terhasil daripada dahan dan pokok yang sama. Jadi anda boleh menggunakan biji lada hitam ini dengan bersilih ganti. Sungguh pun begitu, rasa bagi setiap warna ini berbeza.

Lada hitam : bersifat panas dan pedas
Lada putih : bersifat panas tetapi kurang aroma
Lada hijau : mempunyai aroma yang lebih segar  


Carotamax : Ejen Pencegah Kanser Daripada Shaklee

Klik untuk info


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...