Saturday 15 June 2013

Ibu Pejabat Shaklee

Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California, AS bukan sekadar pusat operasi, malah adalah simbolik kepada falsafah yang disokong oleh Shaklee.
Ibu Pejabat Shaklee, Pleasanton, California, AS
Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi". Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda ketika berada di dalam bangunan ini. Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semula jadi oleh cahaya luar, serta pembinaanya daripada bahan dan warna secara semulajadi. 

Terdapat beberapa ciri-ciri yang menjadikan Ibu Pejabat Shaklee ini UNIK dan ISTIMEWA:
  1. Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  2. Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.
  3. Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan kitar semula.
  4. Tanaman landskap dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee.
  5. Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  6. Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  7. Penggunaan "Low-E-glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
  8. Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  9. Ruang dalam yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  10. Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...