Ringkas, Cepat dan Lazat! |
Hari ni Rina nak berkongsi resipi ataupun diet yang sihat untuk mereka-mereka yang berkerjaya yang kadang-kadang tak cukup masa walaupun hanya untuk berserapan. Jadi ini adalah salah satu alternatif yang Rina amalkan sendiri kerana Rina juga seorang yang berkerjaya.
Baik, pertama kita memerlukan beberapa bahan yang pada Rina cukup simple dan sangat mudah untuk dijumpai di pantri pejabat anda. Bahan-bahan tersebut adalah:
Bahan-Bahan
- 1 gelas/mug air suam.
- 2 scoop ESP
- 2 sudu kecil/1 sudu besar serbuk Horlicks
- 1 sachet biskut Oat Krunch Munchy (Boleh ditukar dengans sebarang biskut high fiber)
Cara Penyediaan
- Sediakan secawan air suam, jangan air panas ye. Cukuplah sekadar untuk melarutkan Horlicks tadi.
- Masukkan 2 sudu kecil/1 sudu besar serbuk Horlicks.
- Kemudian masukkan 2 scoop ESP
- Kacau sehinggalah sebatian kita tadi larut. Kalau yang ada shaker di pejabat lagi elok.
- Kemudian buka sachet biskut Oat Krunch Munchy ada tadi.
- Dan, siap! Horlicks ESP bersama biskut Oat Krunch Munchy!
Kalau ikut pengalaman Rina, diet ini boleh membuatkan Rina kenyang sehingga waktu makan tengah hari. So, ringkas, cepat dan lazat. Oh ya, juga berkhasiat! Selamat mencuba ye!
No comments:
Post a Comment