Monday, 29 July 2013

Fungsi Vitamin B Complex


Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:


1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Saturday, 27 July 2013

Shaklee Halal Kerr???

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...
Ramai di luar sana terutama peminat Shaklee tertanya-tanya, adakah produk Shaklee halal untuk diambil oleh orang Islam. Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa produk Shaklee adalah HALAL untuk diambil oleh umat Islam. ^_^


Sijil Halal Shaklee

Wednesday, 24 July 2013

Promosi Pra Syawal!!! Harga Menarik!!! Harga Mampu Milik!!!


Khas kepada SEMUA PELANGGAN SETIA kami serta mereka yang sedang
mencari-cari makanan tambahan yang sesuai@ngam dengan diri serta keperluan.

Rahsia Nutrisi Semulajadi dan Borneo Herbal Hut-Cawangan Sandakan
dengan ini berbesar hati menawarkan produk-produk Shaklee
pada harga yang terbaik serta mampu dimiliki oleh semua pencinta produk kesihatan.

KESIHATAN TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT,
Namun anda mampu berusaha ke arah mencapai kesihatan yang lebih baik.

TEMPAHLAH SEKARANG! 
DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DARIPADA EJEN2 KAMI!

Hubungi : 
RINA @013252310
CIKGU SABRI @0195525287 (Sabah Agent)

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Sunnah

Antara perkara yang Rasulullah SAW letakkan keutamaan yang tinggi adalah pada didikan untuk generasi akan datang. Nabi SAW jadikannya penting sejak sebelum perkahwinan lagi, semasa memilih calon, kemudian ketika proses mengandung dan juga kelahiran dengan memastikan anak yang lahir itu dikelilingi oleh adab-adab yang menjadikan kelahiran tersebut sebagai persiapan kepada anak itu untuk menjadi hamba Allah yang soleh, terpelihara daripada syaitan dan daripada penyakit dalaman dan luaran yang mungkin menimpa manusia.Sunnah-sunnah ketika menyambut kelahiran bayi ialah:



1. Mengazankan bayi

Nabi SAW mengambil berat tentang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya dengan mengalunkan azan ke telinganya supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didendangkan dengan zikrullah dan supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam.

Nabi SAW apabila mendapat tahu tentang kelahiran cucunya Hasan, baginda bergegas mendapatkannya lalu mengalunkan azan ke telinga kanannya dan iqamah ke telinga kirinya.

Baginda bersabda bahawa bayi yang diazankan tidak akan diganggu oleh 'ummu sibyan' iaitu sejenis syaitan yang dikhaskan untuk menganggu bayi yang baru lahir.

2. Bertahnik 

Nabi SAW akan mengambil sedikit air liur baginda dan dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dan meratakannya ke seluruh mulutnya.

3. Menamakan bayi

Menamakan bayi pada hari yang ke-7 selepas kelahirannya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Namakan mereka dengan nama pada nabi. Dan sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam. Manakala seburuk-buruknya ialah Harb dan Murrah."

4. Bercukur

Mencukur kepala bayi. Disunatkan pada hari ke-7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis.

5. Menderma berdasarkan berat rambut bayi yang dicukur

Menimbang rambut bayi yang dicukur itu kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Namun, ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin. 

6. Aqiqah

Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Disunatkan untuk menyediakan sembelihan tersebut dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya. Disunatkan bagi yang dijemput untuk memenuhi jemputan aqiqah kerana Nabi SAW menggalakkan kita memenuhi undangan aqiqah sehinggakan ada sebahagian ulamak mewajibkan kita untuk memenuhi undangan aqiqah.

7. Berkhatan

Berkhatan diwajibkan kepada anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan.

Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah
 
Jika kita mendapat tahu tentang kelahiran baru, disunatkan untuk kita mengucapkan: "Moga Allah berkatimu dengan pemberian-Nya, semoga kamu bersyukur kepada-Nya, semoga Allah kurniakanmu keberkatan dan petunjuk-Nya."

Jika kita perhatikan ketujuh-tujuh sunnah ini dan mengamalkannya kepada anak-anak, mereka akan hidup bersama sunnah Rasulullah SAW. 

Sunday, 21 July 2013

Puasa Mengajar Kita Bersabar ^_^

Banyakkanlah bersabar dalam menjalani kehidupan seharian.
Latihlah diri untuk bersabar dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


Allah berfirman : Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas. (QS. 39:10) 

Dan firman-Nya : Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadam, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155) 


(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (QS. 2:156) 

Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. 2:157)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...