Monday, 1 July 2013

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

KeluargaKu, AspirasiKu
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.
Yang lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia.
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)
Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sebagai contoh mudah, cerita lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah menjadi nahkoda kapal, mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan berdoa kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya.
Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian.
Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
Menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.
Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.

Sunday, 30 June 2013

Promosi Produk Shaklee - Ramadhan Special Offer 1 Julai - 10 Julai 2013


Promosi Khas Kepada Warga Sabah
Bersempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, Rahsia Nutrisi Semulajadi dan Borneo Herbal Hut -Cawangan Sandakan mengadakan promosi besar-besaran harga runtuh sebagai tanda terima kasih pihak kami kepada anda. Justeru kami menawarkan kepada anda sebarang produk Shaklee pada harga yang terbaik!

Tarikh Tempahan : 1 - 10 Julai 2013
Tarikh Serahan Tempahan : 14, 15 & 16 Julai 2013
Tempat Serahan Tempahan :

  • Kota Kinabalu - Kawasan Tempat Kereta Kompleks Karamunsing (14 Julai 2013)
  • Ranau               - Petronas Ranau (14 Julai 2013)
  • Telupid             - Pekan Telupid (Berhampiran PPD) (14 Julai 2013)
  • Beluran             - Pekan Beluran (On Call) (16 Julai 2013)
  • Kota Kinabatangan - Pekan Kinabatangan (15 Julai 2013)
  • Sandakan          - Giant Sandakan (15 Julai 2013)
Serahan akan dibuat oleh ejen kami di Sabah pada tarikh yang telah ditetapkan. Masa serahan akan ditetapkan kelak.

Terma & Syarat
  1. Tempahan dibuat dalam waktu promosi tempahan yang telah ditetapkan.
  2. Pelanggan atau wakil hadir pada tarikh dan ke tempat serahan yang telah ditetapkan.
  3. Bayaran penuh semasa tempahan dibuat. (Online)
  4. Bayaran untuk barangan yang telah dibeli tidak akan dikembalikan kepada pelanggan.
Bagi wakil kami menasihatkan pihak tuan & puan dapat membawa i.c dan kod verifikasi yang bakal diberikan kelak.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Ruslina di talian 019-325 2310 @ Cikgu Sabri di talian 019-5525287. 

Tempahlah SEKARANG selagi stok masih ada!!!




Meal Shakes - Berikan Yang Terbaik Untuk Wira Kecil Anda!


Meal Shakes Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat

• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli

• Hidangan segera untuk para atlet

• Kudapan menarik pada bila- bila masa

• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Sumber Shaklee Malaysia

7 sebab Meal Shakes penting untuk anak anda.!!
#Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

#Kaya dengan Protein yang membantu menyihatkan sel-sel

# Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, selenium sebagai anti-oksida

# Mengandungi lengkap Vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

#Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut

#Minuman perisa multivitamin perasa Vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.

Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral.

Meal Shakes sesuai untuk semua termasuk :
-➸ Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk
➸ Ibu menyusu yang ada kekangan baget untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].
➸ Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
➸ Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
➸ Anak-anak yang kurang selera makan.
➸ Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi-secawan Meal-Shake sudah cukup untuk anda.



Set Eczema - Penyelesaian Masalah Kulit Anak-Anak Anda


Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit.

Biasanya jika menjalankan rawatan di klinik, pesakit akan dibekalkan dengan pil alahan, krim untuk mengurangkan gatal kulit, serta krim alahan. Cara ini bukanlah cara yang terbaik merawat Eczema untuk jangkamasa panjang, tetapi rawatan secara natural merupakan kaedah yang lebih berkesan.

Seperti yang kita ketahui, imun sistem badan adalah kunci kepada penyakit Eczema dan imun sistem berkait rapat dengan genetik, cara hidup, persekitaran dan juga pemakanan. Oleh itu, cara hidup yang sihat adalah satu kaedah yang paling berkesan. Berikut adalah antara tips untuk mereka yang mempunyai masalah Eczema:

1. Jangan mandi terlalu lama.

2. Sapu krim pelembap terutamanya selepas mandi.

3. Jangan mandi dengan air yang panas.

4. Gunakan sabun yang lembut untuk kulit sensitif. (Seba Med atau Cetaphil)

5.Elakkan tersentuh bahan2 "irritants" seperti sabun, perfume, detergent (clorox) serta bahan kimia lain yang menghakis. Bahan2 seprti besi dan getah juga dapat menyebabkan kegatalan pada kulit.

6.Gunakan pakaian lembut (cotton).

7. Kurangkan aktiviti yang menyebabkan kulit anda berpeluh ataupun berubah suhu secara mendadak.

8. Kawal stress dan pemakanan kerana kedua-dua faktor ini berkait rapat dengan imun sistem badan anda. Tidur awal dan makan makanan yang bernutrien serta banyak.

Kajian mendapati mereka yg menghidapi eczema, sebahagiannya disebabkan kekurangan 'flaggrin'.
Flaggrin ialah sejenis protein yg membantu penghasilan lapisan luar kulit kita.
Lapisan inilah yg melindungi kita drp kuman dan lain2..
Kekurangan flaggrin melemahkan perlindungan terhadap kulit dan menjadikan kulit sensitif kpd sabun dan pelbagai alergen lain, termasuk makanan...

Bagi anda atau anak yg eczema, boleh cuba energizing soy protein atau mealshake yg merupakan sumber protein berkualiti tinggi. Ia lengkap dgn kesemua asid amino perlu yang baik utk kulit dan tubuh yg sihat.

ELAKKAN HERBAL BLEND & BASIC H UNTUK ECZEMA ATOPIK(KULIT TERLALU KERING)

PM/SMS:019-325 2310 RINA FOR DETAILS & BEST PRICE.

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

 Krim Ajaib Pelbagai Guna Daripada Shaklee

  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...