Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Perbanyakkanlah amalan di bulan yang penuh barakah...
Alhamdulillah sekiranya kita diberi peluang untuk menemui
bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ini.


PENGUMUMAM PUASA 2013


SELAMAT BERPUASA DARIPADA RINA DAN KREW RNS.
PUASA TAU, JANGAN TAK PUASA ^_^

Cara Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan


Puasa memberi kebaikan kepada tubuh, menjadi bulan yang terbaik untuk organ tubuh beristirahat. Perubahan waktu makan adalah perkara utama yang dirasakan ketika berpuasa.  Ikuti beberapa tip menjalani puasa yang baik bagi tubuh di bulan Ramadan ini:

Elakkan tidur selepas sahur
Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan, apatah lagi makanan berat yang diambil ketika bersahur.  Oleh itu, perlu ada waktu senggang yang cukup sekitar 30 minit untuk tubuh mencerna makanan selepas makan sahur.  Hal ini disarankan bagi mengelakkan proses metabolisme tubuh terganggu.

Hindari air sejuk dan manis
Elakkan minum air sejuk atau air as ketika berbuka puasa.  Amalkan berbuka dengan minuman hangat.  Minum air sejuk boleh menyebabkan perut menjadi kembung kerana asid pada bahagian perut akan  meningkat.  Hindari juga minum atau makan makanan yang manis dengan kadar gula yang tinggi.

Menu berbuka yang manis semula jadi seperti yang terdapat pada buah kurma mahupun jus buah-buahan (tanpa gula), lebih baik kerana kandungan gula pada makanan ini boleh menaikkan kadar gula darah dengan cepat.  Ini tidak merangsang penghasilan insulin sebagaimana gula yang terdapat pada minuman dengan gula tambahan seperti sirap, teh, kopi dan sebagainya.

Makan sedikit ketika berbuka
Untuk mengelakkan perut terkejut, sebaiknya berbuka dengan makan makanan yang sedikit.  Anda perlu mengelakkan makan makanan utama ketika berbuka puasa.  Tubuh memerlukan ruangan yang kosong untuk mencerna makanan.  Jadi jika anda biasa makan makanan yang berat sebaik sahaja berbuka puasa, ini akan mengganggu kerja-kerja pencernaan makanan.  Mulakan makan makanan yang ringan dan sedikit.  Kunyah makanan dengan baik untuk meringankan kerja-kerja pencernaan sehingga tugas tubuh untuk mencerna makanan tidak terlalu membebankan ketika berbuka puasa.

Demikian beberapa tips yang perlu diamalkan pada bulan Ramadhan nanti bagi mendapat kesihatan yang baik dan cegah tubuh badan daripada rasa cepat penat. Bagi pembaca MW yang ketahui lebih banyak tips untuk amalan sepanjang bulan puasa, anda boleh mendapatkan majalah keluaran 1546 di pasaran berhampiran. Selamat beramal, semua! 

Sumber: http://mingguanwanita.karangkraf.com

Monday, 8 July 2013

Amalan Kesukaan Rasulullah SAW di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa Daripada RNS

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.


 

Sunday, 7 July 2013

Kebaikan Dan Kelebihan Soya Untuk Ibu Hamil


ESP Kaya Dengan Khasiat Soya
Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Saturday, 6 July 2013

Petua Awet Muda Menurut Islam


Aznil Hj. Nawawi, antara icon awet muda Malaysia
untuk Rina ^_^

1.  Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...